Translate

Thursday, 6 November 2014

KIMCHI...

Dah byk kali saya buat kimchi ni,br sekarang rasa rajin nak upload gbr sekali ngan resepi....

KIMCHI PES

bahan2

1.bawang putih 1 labu*
2.halia 2 inci*
3.bawang kuning(holland) 1 biji yg besar*
Beras wangi 1/2 cawan(direndam dlm 1/2 jam,ditos diblender(pakai blender kering),direneh mcm masak bubur sampai masak.sejukkan...)
Sos ikan
Gula
Serbuk cili
Garam
Bahan perasa
Daun kuchai(dipotong lbh kurang 2 inci)
Lobak putih 1 biji(dipotong mcm timun tuk laksa)
Caranya:
1.Bahan bertanda dikisar
2.lobak dan kuchai yg dah dipotong,diletakkan didalam mangkuk besar yg sama.
3.bubur yg dah sejuk tadi dicampurkan bersama semua bahan diatas...perasakan ikut sesedap rasa..
Dah jd kimchi pes
*kobis panjang yg dah dipotong 4 diperap bersama garam lbh kurang 2 jam...tapi sentiasa balik2 kan supaya sebati...
*selepas 2 jam,basuhkan kobis tadi,toskan dan letakkan kimchi pes sehelai demi sehelai..
*letakkan didlm bekas kedap udara,tutup dan dibiarkan disuhu bilik semalaman...
*esoknya simpan didalam peti sejuk..
Dah jadi kimchi kobis.kalau nak buat kimchi timun pun,guna cara yg sama..
SELAMAT MENCUBA...